Wednesday, 29 June 2011

Memori periuk tanah

Tetiba jer aku rasa macam asobiah (berpuak-puak) dalam kelas ni... Macam tak caya aku, umi, 'abid disatukan dalam sebuah kumpulan... Tyme kat U dulu kteorang tak pernah terserempaklah pulak... Well itulah realiti duduk kat U, bukan semua orang kite kenal... tettt..... Oklah, semua orang dalam kelas nampak keletihan dan kelesuan melampau apabila jam telah menunjukkan jam 1630... Kesian diaorang, kesian aku... Well biasalah perut masing-masing dah mula menyanyikan lagu keroncong kelaparan... Maka dengan tegas kak Byna poon terus menyarankan untuk teros keluar makan....


Pada mulanya nak ke Odeen tapi ntah kenapa bengong aku nieyh... Terus pergi ke tempat makan yang agak mahal gaklah... Bawakan budak agaknye, nak makan tempat grand [la sangat] tapi duit tinggal sepoloh hinggit aje... Well kitaorang pun pergilah ke 'Remaja'... Wow harganye memang tip-top. Yeyaya.. kak pora and kalai oder nasi claypot, saras pulak oder nasi goreng -cinta- remaja special [lebih kuranglah bunyinye]... Aku, umi dan kak Byna makan nasi putih dengan tom yam, telur dadar, ayam black pepper, ayam halia.... Maka makanlah dengan kelaparannya....




Inilah rakan seperjuangan aku yang selalu memberi nasihat dan amanat... Masing-masing ada personaliti tersendiri... Mari aku kenalkan korang dengan diaorang... Dari kiri:

Kak Pora (Safura Shamsuri)
Dia ni camner yer... Hurm, kak Pora ni, penolong K.O. (ketua kelas) kumpulan kami BI-3... Nape dia ek... Sebab dia adorable, kak longlah katekan... Well dia memang penyayang orangnya... Hahah, lagi besh dia peminat cerita korea... Buktinya, dengan bangga ringtonenye berbunyi time kelas pak Ustaz ngn pak Isa... Koreaa~~~ Dia ni memang akan jadi cikgu yang disayangi oleh murid-murid... Tak cukup dengan itu... aku suka sangat kaco dia sebab dia single lagi, heheh.... Kembo aku cukup lerr... panggil dia ayang... huahaha.. tp above all, walaupun aku kaco dia, dia tetap akan bersabar... Tu yang syok kentang tuh... Sabar kak Pora, we all love you.


Umie (Umi Habibah Yaacob)
Well, frankly time aku jumpa dia memang aku meluat [tak kenal maka tak cinta]... Even pernah aku terluahkan, sapelah bakal jadi suami dia, kesian... Tuptup aku tersentap, dia dah kawen.... tettt... Haha perangai dia memang, kalu tak kenal nanges... Tapi itulah kelebihan Umi even K.O. kiterog, Uncle Stonny pun takoot hahah, secretarylah katekan... Gud job Umi... Tapi yang beshnye dia suka kutuk orang, tp dia tak marah kalu orang kutuk dia... Ni yang aku suka tentang dia, fair and square, tidak sensitif melampau, dan lawak gak lah...


Kak Byna (Norbainah Veeran Kutty)
Anak mami yang super hot... Memang chantique, lagi cantik bila dia melaram... Paling tak tahan tyme dinneer dia pakai high heel... memang meletop... Dia ni sensitif sket, takot je aku bila nak try kenakan dia... Tapi besh kawan ngan dia, lebih-lebih lagi tyme gossip, yeay! tapi yang tak seronoknya, dia faham tamil tapi tak pandai balas balik... Selalu jer si Saras cakap tamil ngn dia... 1Malaysia katekan...


Saras (Saraswathy Ramasundrum)
Yeazza... Time nak kutuk dia plak.. Well dia ni adalah kawan India pertama aku, kirenyela... Aku ni kiranya dulu belum cukup 1Malaysia, but not kira bolehlah... Saras, memang dah tua (tettt) tapi she's gorgeous... nampak muda... memang cantik orangnye... manis macam laddu... hahah... Apa yang besh dia ni garang (ye ke) maklumlah kak long jugak... Well aku suka sangat kaco dia, sehari aku tak kaco dia, tak sah, macam ada satu kekurangan macam tak lengkap je kehidupan... Maybe sebab dia sekolah kebangsaan so Malay dia memang ok, senang faham... English dia, memang meletops... Suka sangat fluent... I love [to tease] Saras... Muahaha hahahhaha


Kalai (Kalaivani)
Ye, Kalai ni memang macam keibuan sikit, maklumlah dah kawen... 'Solehah' sangat, dia ni takdelah energetic macam Saras (yeke? ntahlah dia bukan classmate saya)... Tapi memang dia baik, lemah lembut, pemalu (nampak je, sebenarnya betul gaya masuk, macam typewriter jugak bercakap)... Besh dapat kawan dengan dia... Comel sangat bila cakap sebab selalu cakap sambil senyum...


Tak sempat dah... Itu saja... Bye nak pergi kelas Pn Samiha ada microteaching nieyh....






Whut a long day ... I'm bored

Today is Wednesday. It just an ordinary Wednesday. Nothing special happen indeed with no breaking news. Well, actually I felt so frustrating because somebody interupted my beautiful dream. Who are there, I totally don't have any idea. Just like Gwen's song: four in the morning. Yup, I woke up early in the morning, because I can't stand with those annoying sound from outside. Plus, I forgot to switch-off the light, so my room temperature was higher. It was hot and make me swam in my sweat. To end that miserable moment, I went to the toilet... Weyh, please understandla, there is somebody sleeping inside. Don't make unprofessional thing, we share we care...

With this mood, i went to class. Owh I'm sorry because I don't have the mood to study today. I felt so sleepy. Today there is no student's presentation... Only Miss W.G. wanna talk. Well it is good for me because I can sleep at the back... No lah, when I didn't get enough sleep, I can't sleep easily... I try my best to close my eyes for a nap, but ironically, my ear can't close. Yup I really frustrated, I can't sleep peacefully at home as well as in this class... Waaaaaa, I wanna cry. With this kind of mood, I try to do something because I can't focus on the powerpoint. I arranged all our group's BBM because after IP we will have microteaching... Well, the microteaching is cancelled. We have English Proficiency replacement class. O.m.g. I felt sorry to Mdm Sohaila because I can't.... 

Whut da.... It just another boredoom for me.... But, thank God, It's raining now, so it means that it is a good time for me to substitute the sleeping hours that I missed for today...

Tuesday, 28 June 2011

Chicken Chop Hutan Bandar

Mesti orang dah jemu dan anggap aku telah ketinggalan... Hehe, takpe lah... Ada aku kesah... Hihi, actually aku nak cerita adalah disebalik dinner dekat sini. Dekat Hutan Bandar nieyh memanglah agak terkenal dengan chicken chop RM5 nye... Memanglah ramai makhluk yang berduyun tiba dekat sini... Anyway kira worthlah, harga dan portionnya... yang penting kuah black pepper nye sedap, edible...



hurm, tapi ada je makhluk yang suke menerobos dalam hidup aku... Dahlah citer skandal aku yang dulu tak habes lagi dibicarakan di mahkamah... tiba-tiba datang pula bala yang terbaru ni... memang cari nahas... pasal gelaran pun nak kecoh...

Mak aku pesan, jangan menuakan orang, xbaek ada orang tak suka. So aku call sorang mamat waiter kat situ dengan gelaran adik atas dasar aku nak minta ais kosong je, dia siap tanya aku panggil dia apa... aku jawab jelah adik... dia pun blah seketika dengan keadaannya yang tidak puas hati...

Berapa umur kau? Dengan nada tidak kepuasan hatinya.... Apsallah mamat nieyh, aku dahlah tak betol dari minggu lepas, aku lapow nieyh, jangan buat hal... Saboo jerla... aku beritahulah usia aku, dia siap tak caye... aku tawar tunjuk i/c baru tau... maybe dia ingat aku maen2kan dia kot... pastu dengan berani nye... 'abang' umur berapa... 27... alamak tak macam poon bisik hatiku... hahah sah-sah nak tipu... Sejak saat itu, dia memandang dengan tidak puas hati... Sowie aku tak kozer nak tipu orang lebih-lebih lagi tentang umur...

Yang penting aku kekeyangan melantak chiken chop... last-last tolak tepi beri laluan kat junior sorang nieyh yang kelaparan... sebab malam ni kena dgr talk tentang, cerita cinta terlarang....

Tugasan Semester TMK

Hari ini aku nak citer pasal tugasan TMK a.k.a. ICT lah... hihi rasa besh sgt bila dah siap buat... walaupun  ianya tak seindah mana, tetapi sekurang-kurangnya ia merupakan suatu kejayaan bagi aku apabila boleh menghasilkan sebuah power point presentation - macro enable, di mana powerpoint aku ini telah diupgradekan ke suatu lagi level, yeay! Dah boleh guna macro enable, sesuai untuk P&P yang menggunakan ICT. Aku rasa memang sesuai sangat tugasan ini, memang kena pada tempatnya.

Setelah disepakati aku dikehendaki untuk membuat sebuah presentation yang berbentuk exploratory. Aku sendiri masih kurang faham, apa kehendaknya, tapi aku rasa ia mungkin sebuah presentation yang boleh di'run'kan sendiri oleh murid-murid dan mereka boleh mengksplore lebih mengenai sesuatu benda itu. Hurm, hentam sajalah labu... Yang penting aku dah come-out dengan sesuatu persembahan multimedia gittew... Aku tahu ianya xsehebat dan sehabat flash, authorware, dreamweaver... tapi untuk sekolah rendah aku rasa dah boleyh jerh... Dibawah ini antara beberapa gambar yang aku capture dari powerpoint aku tu... Heehhehe


Itu saja yang menarik untuk aku kongsikan... Beselah, letih bangat sehingga merembes segala macam air untuk menyiapkan task ini. Btw, sowie Puan Anidah for late submission... Tak syok kalu xsiap... Hehehehe

Monday, 27 June 2011

Penjalanan dan hari yang memenatkan....

Minggu lepas aku masih lagi dihantui bayang-bayang masa lalu aku... Penat dan susah nak recover... Ye, aku sendiri pun tak tahu sebab apa berlaku sedemikian, polisi aku mudah, dah buat salah minta maaf keyh, memang senang nak diungkap dan diucap, terima ke tidak pemaafan itu dah jadi perkara kedua. Ye, aku insan yang lemah, iman aku pun lemah dan memang aku akui yang aku ni tak baik... tapi at least aku masih mencuba jadi budak baik, terbaik dan sangat baik... tapi, bolehkah? Itu terpulang kepada penerimaan orang lain dan faktor paling penting ialah aku sendiri, mahu ke tak mahu...

Masalah ini cuba kuungkaikan, namun aku menemui kegagalan akibat kekeliruan yang melanda. Inilah aku, suka memikirkan masalah itu sedalam-dalamnya dan memang negative thinking menguasai diri aku. I dunno why. Aku tahu cara aku berkomunikasi memang agak 'weird' bagi sesetengah orang dan memang aku ni SENSITIF orangnya. Bak kata professional friend aku tu, aku ni terlampau over sensitif, suka memikirkan benda-benda yang negatif. Hurm, i try to be positive but I can't. Huh whut a mess. Disebabkan 'hormon imbalance' ini aku mengambil keputusan untuk kembali ke tanah tumpah darahku sebagai satu terapi diri.

Belum sempat recover dari malasah dan kecelaruan ini, aku pun kena pulang ke IPGKTI yang serba indah ini. Hurm, ini merupakan kali pertama aku drive solo, tanpa teman setia di sisi. Aku banyak mengelamun time drive. Tanpa disangka hari ini aku buat rekod, potong dua lori kontena, potong dua lori buah, poton satu lori air batu dan potong dua buah kereta. Entahlah, bila tension aku suka buat kerja gila camni. Bila aku dalam keadaan sedar mati balik hidup aku tak brani. Punyalah aku mengelamun tahap dewa, dekat segamat (dari triang pahang ke N9 ke Johor) aku boleh deviate lalu hala ke Muar, tak ke gila tahap mengelamun aku. Bagus aku tambah lagi satu jam perjalanan. Sengal gak lah, Akhirnya aku keluar kat Ledang naik PLUS sampai ke Skudai.

Memang memenatkan, terus je pergi cari kembo jap, borak-borak kosong. Dia besh boleh layan any type of genre, ceciter cinta ker, keagamaan ker, rempit-rempit cari makan ker, sume boleyh.... Then pastu aku uruskan penghalauan keluar dari asrama ke rumah sewa. Kelas Miss Goh, IP. Walaupun letih tapi tak ngantok sebab beliau slalu ceciter. Hurm, tibe-tibe dikejutkan dengan cerita baru, TMK kena submit esok, uwwweeekkk... muntah ijoulah malam ni. So balik umah aku update blog dengan entry hari ini, sebab kalu lambat-lambat aku lupa.... Anyway itulah laporan mingguan minggu ini. The End.


Saturday, 25 June 2011

Otakku yang membeku kini mencair semula...

Soalan untuk set induksi hari ini. Apakah perasaan kamu jika impian kamu jadi nyata walaupun hanya sementara?

Hari ini saya ingin membincangkan topik impian. Ya semua orang bermimpi, mengimpikan dan diimpikan sesuatu/seseorang. Tokoh yang paling fames di dalam aspek ini adalah mat jenin, sape tak kenal dengan mat jenin, seorang yang kuat berangan-angan dan mengimpikan sesuatu. Ya mat jenin, tapi bukan cerita mat jenin saya nak cerita hari ini.

Baiklah, semua orang mempunyai impian, namun bukan semua impian boleh jadi kenyataan. Sedih tapi apa boleh buat, dah itu kehendak-Nya, mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Bercerita mengenai topik impian ini, aku telah selangkah menjejaki impianku, ye memang agak klise apabila aku cakap aku memang suka dengan apa yang aku buat sekarang, kira-kiranya impian menjadi kenyataanlah juga. Walaupun tension dan memenatkan tapi aku tak pernah merungut, sebab aku sedang melakukan sesuatu yang aku suka.

Sebenarnya impian aku dari dahulu adalah ingin menjadi seorang guru Matematik, wait, janganlah gelak, i tell you the truth. Ye, memang aku nak jadi guru Matematik, itu cita-cita aku, maybe doaku terlalu umum nak jadi cikgu heheh sebab tu tak sampai, tetiba jadi chegu english dan sains pulak. Part yang paling besh adalah, tetiba aku jadi chegu Pendidikan Muzik, tett hohoho memang out if the box, tak terfikir yang aku akan jadi chegu muzik, why me, i don't know. Tapi takpelah at least tercapai gak hasrat aku. Ini bukan disebabkan paksaan ibu bapaku. Mak aku ingat aku akan jadi seorang arkitek, huhuh nape sebab aku memang suka lukis pelan rumah, landskap dan interiornye. Apelah mak aku ni, itu hobi je sebab itu untuk rumah impianku. Ayah aku, he doesn't care pun, suka hati ko lah, tettt. Janji jadi yang terbaik sebab "abah bangge dengan anak abah." Itu yang dia selalu cakap. Dia cakap dia takde rupa, pelajaran, pekerjaan tinggi tetapi dia ada seorang aset yang terbaik, anak abah.

Wait, terdeviate pulops, sebenarnya aku nak cakap tentang hari ini, tapi aku tak tau dari mana nak mula. Canggini, hari semalam sewaktu kelas Madam Samiha, aku dapat satu SMS dari kak Ida. Conversation begini

Kak Ida: balik ke tak minggu ni, boleyh tolong ganti kelas tak?
MrDomo: Hurm, tak sure lagi kak, bebudak ni takb bagi kata putus lagi tentang kelas. Btw kak, kelas apa?
Kak Ida: Maths, Form 1,2,3... Bahan semua dah siap tinggal rock on the stage jer...
MrDomo: Ok, set. Kire jadi jelah. Nnti saya konform balik yer...
Kak Ida: Konform lepas solat Jumaat pun takpe..

Apa yang ingin aku ceritakan sebenarnya. Actually, I memang suka ajar Mathematics tak kiralah sekolah rendah waima sekolah menengah. So, pagi ini dari 8.30 until 1.30 aku mengajar Maths, yeay otak aku yang dah karat dengan menda-menda yang tak betul ni tiba-tiba berfungsi. Huhu, without preparation, memang gasak je. Huhhu, perkara yang meletuskan otak aku bila sampai jer terus ajar Form 3, tajuk Ratios, Average Speed, Accelaration, Retardation hahah, dalam RPH cakap suh ajar menjawab soalan klon PMR, ape lagi aku dengan kuasa akal yang tak seberapa ni, aku melakukan pengiraan dengan bantuan kalkulator, merembes segala peluh keluar dari celah-celah yang terbabit. Aku masuk kelas, saja je aku gatal-gatal tanya dak ni ada apa-apa soalan tak tentang tajuk ni jangan malu-malu. Huhuh memang cari nahas apa nak kata, Tetiba ada seorang lindsay lohan ni angkat tangan, "Sir, boleyh tak tolong ajar balik tajuk ni, minggu lepas tak berapa faham, malu nak tanya. Tett, memang nahas aku, dahlah tajuk ni aku tak prepare, mampos. Nasib baik aku dapat ilham dan ajar diaorang step by step, adalah juga Mr Einstein kat situ yang tolong aku, tapi memang dia poyo, saja je nak counter aku, thank god dia pun ada kelemahan dan aku berjaya membantunya menyelesaikan masalah. Selepas pada tu baru dia respek. Yeay. Form 3 done.

Masuk pulak Form 2, tajuk Koordinat. Nilah yang selalu berlaku pabila cikgu dari Zaman "Dark Age" dan anak muridnye pulak dari Zaman "Castle Age"... Sume term tuh aku kena terangkan dalam dwi bahasa. Hahaha, koordinat memang faveret aku, yup aku memanglah buat dengan cepat, memoyo kat depan. Tapi ada pulak anak murid yang tak dapat catch up. Hurm, ni ada seorang Miley Cyrus yang agak lumpy, maklumlahkan, kesian dia, kawan dia kat sebelah memang genius, terkapai-kapai dia. jadi aku u-turn balik ambik dia. Kelas ni aku tak puas hati dengan seorang mamat poyo ni, dah lah pandai katekan, kaco pulak kawan-kawan yang lain. Tapi kelas ini tamat dengan jayanya. Fuhhh... another class.

Last class, Form 1. Nama pun budak yang baru beralih alam, nak kata macam 'remaja' tapi perangai budak-budak. Tapi aku tak marah pun, aku ni tak berubah dari dulu lagi, taktau ape masalahnya, kanak-kanak sampai sekarang, huhuh.. Kali ni tajuk poligon 1: sudut.. Yeya ni memang juga faverat aku, memang aku suker sangat, tapi ada pulak Hillary Duff ni tulis kat kertas tuh, "Tak Suka, Susah syial".. Deng! terbantut aku. Tetiba ja aku jadi motivator sekajap, cakap kat diaorang jangan benci subjek tu, memang lah makin susah. Aku cakap ni part paling besh dalam Math. Aku ajar diaorang macam style ajar darjah tiga. Fun gak lah... sebab diaorg pun layan skaki. At last dak hillary duff tadi memang suka dengan topik ni, siap mintak worksheet lain pulak, ketagih kentang. Ha kan, tulah suka suki je membenci sesuatu yang ko belum kenal. Don't judge a book by its cover.. tett...

Berakhirnya kelas itu, maka berakhirnya tugasan aku sebagai seorang guru Math. Huhu sedihnya aku.

Friday, 24 June 2011

Pementasan sebuah kehidupan...

Sebelum saya memulakan entry ini saya memohon anda menepuk tangan dan mengucapkan tahniah bukan kepada saya tetapi kepada diri anda sendiri. Atas dasar apa? Atas dasar anda telah terpilih untuk menyertai suatu pementasan realiti yang diarah oleh 'Pengarah Agung' yang terkenal seantero langit dan bumi. Tahniah, kerana ada merupakan insan terpilih untuk sama-sama berpeluang menyertai pentas realiti ini. Aku pun sama turut terpilih untuk menghiasi pentas realiti ini.

Realiti kehidupan sebagai seorang artis ini memang banyak dugaannya, jika dilihat dari mata kasar, seakan-akan hidupku ini tiada masalah. Semua memandangkan aku seperti seorang artis yang merendah diri dan baik budi perkerti, sehinggakan ada pemerhati yang pernah melabelkan aku ini seperti makhluk suci dari dosa. Memang semuanya indah disaat pemerhati-pemerhati mememuji dan menyanjungku. Ya aku mengucapkan jutaan terima kasih di atas pujian tersebut. Namun, realiti di dalam realiti, aku bukanlah seperti yang pemerhati anggap. Perlukah aku menjadi seorang artis yang hipokrit? Bagi aku jawapannya semestinya ya. Kenapa? Bukankan hipokrit itu suatu sifat yang tercela?

Bagi aku sebagai seorang artis ini kita perlu ada sedikit hipokrasi dalam diri, ia perlu tersangatlah perlu apabila kita berdepan dengan pemerhati-pemerhati yang sentiasa ini melihat kita tersungkur di atas pentas yang terbentang luas ini. Ku akui sebagai seorang artis kadang kala akan melakukan kesalahan? Mengapa, jawapannya mudah sahaja: Aku juga insan yang lemah seperti kalian juga. Ada kala aku mungkin akan tersalah pilih, namun di pementasan realiti ini, situasinya jauh berbeza dengan set filem box office - pementasan memerlukan artisnya mengawasi segala tindak tanduknya, jika tersilap langkah mungkin ada akan berhadapan dengan 'kemaluan' yang besar dan berpanjangan tidak seperti di set perfileman, jika ada kesalahan boleh di cut dan edit atau rakam semula. Tetapi tidak dengan pementasan.

Aku tahu, sebagai seorang artis, ramai pemerhati yang ingin melihat aku tersungkur ditepi pentas. Namun ada juga pemerhati yang setia yang menghulurkan bantuan dan menyokong serta memberi semangat agar aku sentiasa tabah di atas pementasan ini terus berjuang sehingga ke penamat, tidak kurang juga ada pemerhati yang suka mengkritik, dan makin lantang mengkritik apabila aku ketelanjuran melakukan kesalahan. Aku bukan malaikat, bukan nabi yang maksum. Aku manusia seperti kalian, sentiasa terdedah dan terdorong melakukan kesalahan. Ampunkan aku jika ada ketelanjuran, berikanlah aku peluang dan ruang untuk memperbetulkannya.

Jesteru, aku ingin merakamkan seribu kekesalan dan ingin memohon keampunan daripada 'Tuan Pengarah' kerana aku merupakan salah seorang 'artis' yang senantiasa melakukan masalah di bawah produksinya. Aku senantiasa cepat berputus asa di dalam menjayakan sebuah pementasan realiti ini. Akhir kata, aku mohon rahmat dan petunjuk dariMu wahai Tuan Pengarah, pemilik seluruh pentas realiti ini.

Thursday, 23 June 2011

Sekadar Calon Gantian

Bagaikan tersentuh apabila melihat adik Furqan 1PPISMP PJ Jun 2011 melafazkan ikrar. Mereka diraikan dengan pelbagai agenda, malam persembahan, LDK.... Yang lagi menyentapkan aku pabila ada sesetengah kawan sekelas yang cakap, "ingat tak persembahan kita dulu, lagu sudirman.... tettt", "takkan tak ingat time kita baca ikrar dulu...", "nak diingatkan balik, lagi kejam time budak2 ni yang incahrge kite..." Adakah aku sudah kehilangan memori, atau itu bukan sebahagian dari memori? Bila ku mencari konklusi, tercetus di minda ku ini, aku sekadar calon gantian, klausa ini terpahat disanubari dan mindaku... Ya memang aku tidak layak, aku sedar yang aku cuma, lukut ditepian gantang... Namun, ku balas dengan senyuman dan mengatakan, "kami dulu tidak terlibat dalam minggu pengurusan pelajar [senyuum]"... Disaat ikrar dilaungkan, rohku seakan-akan beterbangan menuruni bukit blok pentadbiran, Bangunan HEP.

Saat manis kami di Bangunan HEP, Disitulah majlis pengurusan kami, tak sampai 5 hari, 5 jam pun tak sampai. Di bilik mesyuarat yang sekangkang kera itulah, tempat dimana kami melafazkan ikrar dengan penuh semangat, bergema satu HEP dengan lafaz ikrar yang kami laungkan, bukan kilauan flash kamera yang menaikkan semangat kami, namun keazaman yang lahir apabila diberi ruang dan peluang... Seramai 25 orang calon gantian yang terpilih untuk menggantikan calon yang tidak sudi menjadi pendidik. Belum sempat menguatkan silaturrahim kami, berpisah kami, tinggallah kami bersembilan kelal menunggu di bumi IPGKTI ini... Selebihnya bertebaran dimuka bumi Johor ini melakukan LPBS.. Pop! Lamunan ku terhenti tatkala berakhirnya lafaz ikrar mereka itu tadi.

Minggu yang menjemukan 2

Sudah jatuh ditimpa tangga. Citer tu tak habis di situ sahaja. Perut tiba-tiba jer rasa lapar... Kali ni aku nak pergi 'mencabar' antibodi badanku, jom pi pekana seafood dekat Sushi King... Mampukah aku? Hurm, dalam masa kurang 15 minit aku berusaha menghabiskan tiga plate yang warna pink dan empat plate yang berwarna baige... Tetibe je kepala aku rasa pening... Ha, aku tak bleyh beritahu sebab apa, bukan kerana tersalah makan seafood tetapi tersalah pilih makanan... hurm bagi orang yang selalu makan kat sushi king taulah sebab apa kan... Bayangkan bawa kereta balik ke rumah dalam keadaan mata yang hampir terpejam... Naseb baek sampai..

Memang menjemukan, mata ngantuk tapi tak boleyh tido... apa boleh buatkan terpaksalah tengok folio PAG, baru je pengang, dah boleyh tertutup mata aku... krooooh krroooh... aku pun tidur buat sementara waktu nieyh. Tetiba kedengaran satu hentaman yang kuat. Aku pun tersedar... Apalah orang rumah atas... ketuk lesung batu atas syiling rumah aku... Tetiba ja ada pulak kawan aku bertanya pasal RPH, mula-mula serius, pastu bertukar jadi gossip 'tanah air' dan 'antarabangsa'. Almaklumlah, kitaorg ni mana boleyh serius buat kerja, anyway bahan bantu mengajar tu aku dah siapkan, cuma tunggu dia finalize kan aje...

Jemu, aku buka blog aku yang suam kuku nieyh... Adalah seorang kawan setia ni yang juga suka berbloging nieyh memberikan komen yang cukup menggembirakan... Tak cukup dengan itu, kejemuanku dicairkan lagi dengan kehadiran aunty siik ling dari taman pelangi... Jadi aku hanya duduk di depan laptop sambil melayan tetamu-tetamu chat di muka buku. Alangkah terkezutnya apabila aku dapat tahu kembo pun datang melawat blog aku, such an honour gak lah...

Untuk menamatkan entry ini, aku berharap dan berdoa agar aku diberi kekuatan untuk memperbaiki kesilapan antara diriku dengan tuhan, diriku dengan rakan-rakan, diriku dengan orang yang aku aniayai, dan diriku dengan orang yang menganiayai aku. Hurm, aku sekadar manusia biasa dan bukanlah malaikat, nak kata 'citan' tu boleyh gak lah kadang2 tapi dalam 'citan' pun takde lah kejam sangat.

Nak try letak lagu pulaklah untuk entry ini... nyanyi farawahida
 

Minggu yang menjemukan 1

Entah apelah yang tak betul pada diri aku minggu ni... Banyak menda yang aku buat semuanya tak menjadi... Assignment macam nak mintak selisih malaikat 44 jer... Kecelaruan+kekacauan+kemalasan dalam diri semakin bertambah... Rasa macam nak meletop je... Bile gi timbang masih sama xde perubahan, walaupun dah dua hari aku xde selera nak makan biler terlalu memikirkan nasib badan... beselah, sapa suh cari bala, dah dapat telah ajelah, kan ke bodoh camtu, tapi aku tak tau apa sebabnya, ha padanlah muka sendiri... Takpelah, kita KIV dulu duka lara kita...

Pagi-pagi je aku dah terjaga disebabkan xselesa dengan kehangatan malam baru je nak tido, petir sambar menyambar guruh membelah bumi, macam ada raksasa menyerang bandar. Kebabooom! Kebabooom! banyak kali gak. Takut gaklah, tapi apa boleyh buat, telan saje lah... Bloom sempat nak menghabiskan mimpi indah, dah kak Zura call, baru je ingat malas nak pergi IPG td, tp dia ckp dia tersekat dalam kesesakan trafik, kena lah aku ke IPG juga... tettt...

Setelah selesai acara penutup minggu pengurusan pelajar IPGKTI, aku pun ingat nak pergi buat kerja yang tak berfaedah lah sekejap, nak wat asgmt memang xde mood.. Nak muntah nengok asgmt tuh... bialah dia berabuk kat gobok kecil itu... Aku pun menujulah ke suatu tempat yang ramai gak orang lawati... Berbekalkan modal yang sederhana ciput (hampir RM100 gaklah), akupun mengorak langkah dengan memakai baju batik maktab... Aku nak cari tempat tidor yang besh... so aku dah jumpe tempatnya RM21 untuk dua jam... Hahaha, percuma spek mate 3D lagi (tp kena pulang balik).... Setelah diusha-usha ada lah cerita lapok 3D yang masih ditayangkan - Lantera Hijau: Sebuah kisah Adiwira DC. Ingat nak marathon ke tadi... tapi tu je citer 3D yang ado...

Wednesday, 22 June 2011

Raptai Majlis Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar

Hari ini seperti biasa aku tidur selepas subuh, maklumlah sejak dua menjak ni, asyik terjaga awal waktu... Natijahnya, adalah beberapa orang yang menjadi alarm untuk ke maktab.. Hari ini, Puan Salina nak bebudak yang membaca ikrar tu baca depan beliau... Memang best sambung tidur selepas Subuh, lena diulit mimpi.. Tetiba jer Beethoven menyampuk dalam mimpiku, alamak ada panggilan dari Kak Zura. Akak ni partner yang in-charge bahagian bacaan ikrar... Dia cakap nak jumpa Puan Salina pada 0945jam. Jam henponku memang dah menunjukkan 0945jam.. Aku masih lagi dibilik, kucar-kacir dibuatnya.

Akhirnya sampai juga aku ke Jabatan IP. Kelihatan Kak Zura sedang melatih adik-adik ni... Aku pun buat slamber badak je masuk. Kemudian adik-adik ni tadi dihadapkan pada Puan Besah yang glamer dengan taglinenye "Bedul! Bedi!"... Selepas tu, barulah nampak kelibat Puan Salina. Overall ok je bebudak tu. Tetibe je ada seseorang menepuk bahuku, enche' Ishak rupenye... "Mane kembar kamu tu, bila nak tangkap gambar?" Maka aku pun mengeluarkan x-200 aku menyeru dak sorang ni... hahaha... masih lagi enche' Ishak ingat peristiwa lama di Telok Ramunia.


Petang tu, reheasal lagi. Kali ni kat DDKA pulak. Hurm, semua budak kelas aku dah sampai, aku je yang paling lambat, tp buat muka toye je. At least takde lah malu sangat. Tak cukup dengan tu, sambung lagi rehearsal kat DST pulak. Selesai je part aku, raptai ikrar... Aku pun blah dari situ... Blah bukan bermaksud abes keje dah... Tak belum lagi. Aku drive ke Terminal Larkin, kali ni bukan sebab nak beli tiket, tapi nak beli riben nak ikat ikrar-ikrar bebudak ni. Hahaha, memang lawak gak lah citernye kat terminal larkin ni.... Nak cari kedai yang jual riben... Kami tak expect pun kat mana kami nak pergi beli riben ni...

Alhamdullilah kami akhirnya ketemu sebuah kedai yang mempunyai pelbagai jenis riben, dari sehalus-halus riben sampai ke saiz yang paling besar gedabak... Kami pun beli lah riben kat situ... hahaha, selesai keje kami, tinggal hari esok je... tapi itu part Kak Zura, aku buleyh ponteng esok ahhaha... Aktiviti hari ini diakhiri dengan Milk Tea with bubble, dah lama tak minum, tekak pun dah kering...

Tuesday, 21 June 2011

Ritma Remaja

Akhirnya komik ni berjaya juga dihasilkan, memang dari dulu lagi berhajat besar nak menyiapkan komik strip nieyh. Tapi apakan daya, masa dan lecturer memang mencemburui kami... tett... Harap enjoylah dengan komik strip ni, percubaan pertama gittew....
p/s: Komik ini tiada berkaitan dengan yang hidup atau pun yang dah takde lagi kat alam fana ini... Ini adalah sekadar untuk hiburan

Puppeteer - insan pemanipulasi

Huhu semua ini berlaku semester satu yang lepas. Disaat tu tugasan yang diberikan oleh pensyarah tidak pernah putus-putus bak air terjun yang mengalir deras dan pantas, kalu kita tersilap dan berpegang di dahan yang rapuh, alamatnya akan dibawa arus yang laju itu...
Puppeteer... kenapa aku membuat entry sebegini? Insan pemanipulasi... tett... Tak tahu atau sengaja buat tak tahu. Manipulasi, bukanlah suatu istilah yang asing, waima budak tahap UPSR pun tahu sebab mereka selalu berdepan dengan pemboleh ubah manipulasi dalam subjek Sains. Ya, bagiku istilah manipulasi ini bolehlah difahamkan sebagai suatu elemen yang mempengaruhi sesuatu yang lain.
Dan ini sememangnya realiti kehidupan sama ada kita sedar atau tidak. Memang syok jika kita menjadi pemanipulasi dan memang tak seronok apabila kita dimanipulasikan... Namun ada juga segelintir umat manusia yang suka dimanipulasi walaupun dia mengetahui bahawa mereka sedang dimanipulasi oleh insan lain. Seakan redha pun ade, ngeri... Tidak kurang juga si kaki pemanipulasi ini, sedap-sedap je ko memanipulasi orang [alamak macam terkena batang hidung sendiri pun ada] kan? Tapi kalau memanipulasi orang lain kepada sesuatu yang lebih baik bagi aku tak mengapa. Walau bagaimanapun, saya tak nak cerita lebih lanjut pasal memanipulasi dan dimanipulasikan ni.
Ok, biler tersebut je pasal puppeteer ni terigat pulak kat tugasan kumpulan yang diberikan oleh Puan Zaiton a.k.a Puan Zetty, pensyarah pedagogi muzik kami. Kami ditugaskan untuk membuat puppet yang berkaitan dengan silibus pendidikan muzik untuk sekolah rendah.

video

Inilah hasilnya yang telah kami siapkan dalam masa kurang dari satu hari. Walaupun agak keletihan namun aku gembira menyiapkan backdrop yang menggambarkan situasi di taman. Hurm... backdrop yang tak seberapa chantique ini dibuat dalam masa kurang dari dua jam, termasuk cari barang-barang terpakai, dan 'poof' jadilah backdrop tuh... Mudah tu mudahlah, cuma berbantukan kertas A4 bewarna yang assorted dibeli dari kedai RM2, pengkokot dan dawai pengkokotnye sekali, pen penanda hitam dan juga liquid paper... Semua ni dibuat diatas softboard di dalam bilik 4.5, blok C, IPGKTI [ala-ala studio keciklah]... Disebabkan satu kumpulan itu tiga orang, maka masing-masing akan menggalas lebih dari satu tugas. Kitaoranglah penulis skrip, kitaoranglah pelakon, kitaoranglah narator, kitaoranglah jugalah tukang edit video. Enjoylah persembahan pertama kami, sambil mengunyap kudapan-kudapan seperti koko krunch ker mamee ker, kalu takde telan je air luir tu pun boleyh...

Bahan Bantu Mengajar

Teruja

Satu patah kata yang menunjukkan betapa terujanya saya apabila tinggal kurang tiga minggu untuk menjalani praktikum di sekolah. Gementar, takut, terketar-ketar bercampur baur. Walaupun klien-kliennya cilik dan comel, tapi tidak boleh terperdaya, jika tersalah, hurm... habeslah kena pijak, tettt...

Bahasa Inggeris, itu merupakan subjek major saya. Sekurang-kurangnya tujuh masa seminggu akan diperuntukkan untuk subjek ini. Gementar, seram sejuk macam berenang dilautan artik... Bila masuk kelas microteaching Puan Samiha, seolah-olah layak ke aku ni nak jadi chegu? Kalu hand-in RPH, banyak je coretan dan ukiran merah yang mewarnai kertas doubleA apabila selesai disemak.. Alamak, macam bernafas dalam lumpur pun ada. ini baru je RPH, belum lagi masuk part proficiency.

Pendidikan Muzik, ini subjek minor. Dalam seminggu ada dua masa je. Muzik tu indah, tapi kalu aku yang tak cukup kreatif ni, xtaulah apa bakal terjadi. Bila belek-belek buku muzik yang ada kat kedai, alamak boleh ke aku ajar ni. Main rekorder pun sampai pensyarah kami yang hensem sorang tu hangin... hihi. Tapi satu quote dari beliau yang menjentik minda aku ni, mafhumnya:

"if you are not practicing your recorder, you will become a handicapped music teacha and if you are not practicing your english, you will become a handicapped english teacha" [Isa, 2011]
  
Tettt... wahai aku, nah ambik sebakul nih... wakakakrew dibuatnye.. betul apa yang beliau cakap tu, memang rasanye macam gula lada hitam yang aunty siik ling bawak time kursus KOAM last semester, mau berasap cuping telinga. Tapi kalu kita praktis dan bersedia, semua ni tak jadi masalah




bila takde keja dan buhsan, nilah perkara yang saya suka suki buat. menghabiskan dakwat printer dengan buat menda alah seperti diatas "eeeeeeeee~~~ [Samiha 2011]"



Jadual Waktu Semester 2, KPLI(SR) BI-SN-MU

Ini merupakan jadual yang aku saja-saja buat [gatal-gatal sebab takde apa yang boleh dibuat] bagi menghilangkan rasa kebohsanan diri ini. Betapa gembiranya rasa hati ini apabila secara rasminya kelas Tamadun Islam tidak perlu diambil kerana telah mendapat pengecualian [exemption] dari unit peperiksaan.

Pada pagi Selasa [Jun 21, 2011], En. Stonny Anthony (K.O. KPLI BI3) mengumumkan bahawa kelas IP akan dianjakkan ke suatu masa selepas praktikum. Miss Goh yang merupakan pensyarah tegar IP kelas kami menyatakan untuk tiga minggu ini, hanya dua jam pertemuan sahaja setiap minggu pada hari Jumaat. Hatiku tersentuh apabila, ibu yang selalu meleteri kami bakal menamatkan perkhidmatan beliau. Hati ini seakan menangis, sebak, kerana tiada lagi teriakan-teriakan nama-nama famous seperti Bedul, Bedu, Bedi menghiasi kelas kami.

Kembali Tension

Jun 21, 2011 [Selasa]

Melangkah kembali ke bumi IPG, maka tension kembali menguasai diri. Semua porfolio yang perlu dihantar minggu ini, semuanya masih lagi tidak ber-update. Maklumlah, bila cuti bermula maka, semua buku dan nota turut berehat di atas meja. Tiga minggu bercuti seakan-akan tiga hari sahaja. Rasanya kepenatan akibat keletihan sewaktu Semester 1 masih tidak terubat.

Ku membuka laman 'mukabuku'. Dengan pantas aku membuat suatu post yang di'tag'kan nama orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul dan menghantar portfolio-portfolio kepada pensyarah. Niatku cuma satu, supaya dia dapat melengahkan tarikh penghataran portfolio tersebut. Namun, itu bukanlah suatu alasan yang membolehkan aku untuk berlengah-lengah dalam penyiapan portfolio ini.

Tidak cukup perisa lagi barangkali, aku dipertanggungjawabkan untuk melatih adik-adik baru untuk membaca ikrar pada majlis penutupan minggu orientasi pelajar PPISMP sesi 2011. Tidurku terganggu membuatkan aku tidak berapa stabil hari ini. Namun dua portfolio dapat diselesaikan. Lega, namun masih ada dua lagi portfolio yang perlu dihantar. Bilakah agaknya aku boleh siapkan. Mood dimanakah kamu, dampingilah aku yang hilang semangat ini.


Kembali ke Seminatum Floreat

Jun 20, 2011 [Isnin]

Secara rasminya, hari ini merupakan hari pertama bagi Semester 2 bagi sesi 2011. Ini secara tidak langsung menandakan aku telah berjaya menamatkan Semester 1 di bumi IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini.

Semester 2 merupakan semester dimana pelajar kapal selam [KPLSPM] bagi sesi 2011 mendaftar sebagai siswa guru dan bakal berkhidmat di arena pendidikan negara kira-kira lima tahun setengah dari sekarang. Aku dan kumpulanku amat bertuah apabila terpilih untuk menjadi penyambut adik-adik seguru kami pada hari ini.

Di Dataran Harmonis kami berkumpul membantu adik-adik JPP menguruskan pendaftaran adik-adik baru. Secara peribadi, aku tersenyum sendiri melihat telatah adik-adik yang berpakaian baru, hitam di atas putih di bawah. Nampak semangat dan sokongan keluarga mereka apabila melihat bukan sahaja ibu bapa, adik beradik, bayi waima datuk dan nenek datang bagi sama-sama memeriahkan hari ini.

Selain hari pendaftaran, hari ini aku dapat bertemu rakan-rakan sekelas, se-KPLI, junior PPSIMP, PISMP. Terdapat juga perubahan dari segi fizikal masing-masing. Ada yang berseri-seri, ada juga macam ayam berak kapur. Ada yang bertambah kilo tidak kurang juga yang berkurang kilo. Banyak yang kami kongsikan mengenai pengalaman bercuti selama tiga minggu ini.