Tuesday, 21 June 2011

Bahan Bantu Mengajar

Teruja

Satu patah kata yang menunjukkan betapa terujanya saya apabila tinggal kurang tiga minggu untuk menjalani praktikum di sekolah. Gementar, takut, terketar-ketar bercampur baur. Walaupun klien-kliennya cilik dan comel, tapi tidak boleh terperdaya, jika tersalah, hurm... habeslah kena pijak, tettt...

Bahasa Inggeris, itu merupakan subjek major saya. Sekurang-kurangnya tujuh masa seminggu akan diperuntukkan untuk subjek ini. Gementar, seram sejuk macam berenang dilautan artik... Bila masuk kelas microteaching Puan Samiha, seolah-olah layak ke aku ni nak jadi chegu? Kalu hand-in RPH, banyak je coretan dan ukiran merah yang mewarnai kertas doubleA apabila selesai disemak.. Alamak, macam bernafas dalam lumpur pun ada. ini baru je RPH, belum lagi masuk part proficiency.

Pendidikan Muzik, ini subjek minor. Dalam seminggu ada dua masa je. Muzik tu indah, tapi kalu aku yang tak cukup kreatif ni, xtaulah apa bakal terjadi. Bila belek-belek buku muzik yang ada kat kedai, alamak boleh ke aku ajar ni. Main rekorder pun sampai pensyarah kami yang hensem sorang tu hangin... hihi. Tapi satu quote dari beliau yang menjentik minda aku ni, mafhumnya:

"if you are not practicing your recorder, you will become a handicapped music teacha and if you are not practicing your english, you will become a handicapped english teacha" [Isa, 2011]
  
Tettt... wahai aku, nah ambik sebakul nih... wakakakrew dibuatnye.. betul apa yang beliau cakap tu, memang rasanye macam gula lada hitam yang aunty siik ling bawak time kursus KOAM last semester, mau berasap cuping telinga. Tapi kalu kita praktis dan bersedia, semua ni tak jadi masalah




bila takde keja dan buhsan, nilah perkara yang saya suka suki buat. menghabiskan dakwat printer dengan buat menda alah seperti diatas "eeeeeeeee~~~ [Samiha 2011]"



2 comments:

  1. hi suheil!! seronok baca blog ko!

    ReplyDelete
  2. to-che2... aku tulis pun sebab nak hilangkan jemu

    ReplyDelete