Monday 27 June 2011

Penjalanan dan hari yang memenatkan....

Minggu lepas aku masih lagi dihantui bayang-bayang masa lalu aku... Penat dan susah nak recover... Ye, aku sendiri pun tak tahu sebab apa berlaku sedemikian, polisi aku mudah, dah buat salah minta maaf keyh, memang senang nak diungkap dan diucap, terima ke tidak pemaafan itu dah jadi perkara kedua. Ye, aku insan yang lemah, iman aku pun lemah dan memang aku akui yang aku ni tak baik... tapi at least aku masih mencuba jadi budak baik, terbaik dan sangat baik... tapi, bolehkah? Itu terpulang kepada penerimaan orang lain dan faktor paling penting ialah aku sendiri, mahu ke tak mahu...

Masalah ini cuba kuungkaikan, namun aku menemui kegagalan akibat kekeliruan yang melanda. Inilah aku, suka memikirkan masalah itu sedalam-dalamnya dan memang negative thinking menguasai diri aku. I dunno why. Aku tahu cara aku berkomunikasi memang agak 'weird' bagi sesetengah orang dan memang aku ni SENSITIF orangnya. Bak kata professional friend aku tu, aku ni terlampau over sensitif, suka memikirkan benda-benda yang negatif. Hurm, i try to be positive but I can't. Huh whut a mess. Disebabkan 'hormon imbalance' ini aku mengambil keputusan untuk kembali ke tanah tumpah darahku sebagai satu terapi diri.

Belum sempat recover dari malasah dan kecelaruan ini, aku pun kena pulang ke IPGKTI yang serba indah ini. Hurm, ini merupakan kali pertama aku drive solo, tanpa teman setia di sisi. Aku banyak mengelamun time drive. Tanpa disangka hari ini aku buat rekod, potong dua lori kontena, potong dua lori buah, poton satu lori air batu dan potong dua buah kereta. Entahlah, bila tension aku suka buat kerja gila camni. Bila aku dalam keadaan sedar mati balik hidup aku tak brani. Punyalah aku mengelamun tahap dewa, dekat segamat (dari triang pahang ke N9 ke Johor) aku boleh deviate lalu hala ke Muar, tak ke gila tahap mengelamun aku. Bagus aku tambah lagi satu jam perjalanan. Sengal gak lah, Akhirnya aku keluar kat Ledang naik PLUS sampai ke Skudai.

Memang memenatkan, terus je pergi cari kembo jap, borak-borak kosong. Dia besh boleh layan any type of genre, ceciter cinta ker, keagamaan ker, rempit-rempit cari makan ker, sume boleyh.... Then pastu aku uruskan penghalauan keluar dari asrama ke rumah sewa. Kelas Miss Goh, IP. Walaupun letih tapi tak ngantok sebab beliau slalu ceciter. Hurm, tibe-tibe dikejutkan dengan cerita baru, TMK kena submit esok, uwwweeekkk... muntah ijoulah malam ni. So balik umah aku update blog dengan entry hari ini, sebab kalu lambat-lambat aku lupa.... Anyway itulah laporan mingguan minggu ini. The End.


No comments:

Post a Comment