Tuesday 21 June 2011

Puppeteer - insan pemanipulasi

Huhu semua ini berlaku semester satu yang lepas. Disaat tu tugasan yang diberikan oleh pensyarah tidak pernah putus-putus bak air terjun yang mengalir deras dan pantas, kalu kita tersilap dan berpegang di dahan yang rapuh, alamatnya akan dibawa arus yang laju itu...
Puppeteer... kenapa aku membuat entry sebegini? Insan pemanipulasi... tett... Tak tahu atau sengaja buat tak tahu. Manipulasi, bukanlah suatu istilah yang asing, waima budak tahap UPSR pun tahu sebab mereka selalu berdepan dengan pemboleh ubah manipulasi dalam subjek Sains. Ya, bagiku istilah manipulasi ini bolehlah difahamkan sebagai suatu elemen yang mempengaruhi sesuatu yang lain.
Dan ini sememangnya realiti kehidupan sama ada kita sedar atau tidak. Memang syok jika kita menjadi pemanipulasi dan memang tak seronok apabila kita dimanipulasikan... Namun ada juga segelintir umat manusia yang suka dimanipulasi walaupun dia mengetahui bahawa mereka sedang dimanipulasi oleh insan lain. Seakan redha pun ade, ngeri... Tidak kurang juga si kaki pemanipulasi ini, sedap-sedap je ko memanipulasi orang [alamak macam terkena batang hidung sendiri pun ada] kan? Tapi kalau memanipulasi orang lain kepada sesuatu yang lebih baik bagi aku tak mengapa. Walau bagaimanapun, saya tak nak cerita lebih lanjut pasal memanipulasi dan dimanipulasikan ni.
Ok, biler tersebut je pasal puppeteer ni terigat pulak kat tugasan kumpulan yang diberikan oleh Puan Zaiton a.k.a Puan Zetty, pensyarah pedagogi muzik kami. Kami ditugaskan untuk membuat puppet yang berkaitan dengan silibus pendidikan muzik untuk sekolah rendah.



Inilah hasilnya yang telah kami siapkan dalam masa kurang dari satu hari. Walaupun agak keletihan namun aku gembira menyiapkan backdrop yang menggambarkan situasi di taman. Hurm... backdrop yang tak seberapa chantique ini dibuat dalam masa kurang dari dua jam, termasuk cari barang-barang terpakai, dan 'poof' jadilah backdrop tuh... Mudah tu mudahlah, cuma berbantukan kertas A4 bewarna yang assorted dibeli dari kedai RM2, pengkokot dan dawai pengkokotnye sekali, pen penanda hitam dan juga liquid paper... Semua ni dibuat diatas softboard di dalam bilik 4.5, blok C, IPGKTI [ala-ala studio keciklah]... Disebabkan satu kumpulan itu tiga orang, maka masing-masing akan menggalas lebih dari satu tugas. Kitaoranglah penulis skrip, kitaoranglah pelakon, kitaoranglah narator, kitaoranglah jugalah tukang edit video. Enjoylah persembahan pertama kami, sambil mengunyap kudapan-kudapan seperti koko krunch ker mamee ker, kalu takde telan je air luir tu pun boleyh...

No comments:

Post a Comment