Tuesday 21 June 2011

Kembali ke Seminatum Floreat

Jun 20, 2011 [Isnin]

Secara rasminya, hari ini merupakan hari pertama bagi Semester 2 bagi sesi 2011. Ini secara tidak langsung menandakan aku telah berjaya menamatkan Semester 1 di bumi IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini.

Semester 2 merupakan semester dimana pelajar kapal selam [KPLSPM] bagi sesi 2011 mendaftar sebagai siswa guru dan bakal berkhidmat di arena pendidikan negara kira-kira lima tahun setengah dari sekarang. Aku dan kumpulanku amat bertuah apabila terpilih untuk menjadi penyambut adik-adik seguru kami pada hari ini.

Di Dataran Harmonis kami berkumpul membantu adik-adik JPP menguruskan pendaftaran adik-adik baru. Secara peribadi, aku tersenyum sendiri melihat telatah adik-adik yang berpakaian baru, hitam di atas putih di bawah. Nampak semangat dan sokongan keluarga mereka apabila melihat bukan sahaja ibu bapa, adik beradik, bayi waima datuk dan nenek datang bagi sama-sama memeriahkan hari ini.

Selain hari pendaftaran, hari ini aku dapat bertemu rakan-rakan sekelas, se-KPLI, junior PPSIMP, PISMP. Terdapat juga perubahan dari segi fizikal masing-masing. Ada yang berseri-seri, ada juga macam ayam berak kapur. Ada yang bertambah kilo tidak kurang juga yang berkurang kilo. Banyak yang kami kongsikan mengenai pengalaman bercuti selama tiga minggu ini.

No comments:

Post a Comment