Thursday 23 June 2011

Minggu yang menjemukan 2

Sudah jatuh ditimpa tangga. Citer tu tak habis di situ sahaja. Perut tiba-tiba jer rasa lapar... Kali ni aku nak pergi 'mencabar' antibodi badanku, jom pi pekana seafood dekat Sushi King... Mampukah aku? Hurm, dalam masa kurang 15 minit aku berusaha menghabiskan tiga plate yang warna pink dan empat plate yang berwarna baige... Tetibe je kepala aku rasa pening... Ha, aku tak bleyh beritahu sebab apa, bukan kerana tersalah makan seafood tetapi tersalah pilih makanan... hurm bagi orang yang selalu makan kat sushi king taulah sebab apa kan... Bayangkan bawa kereta balik ke rumah dalam keadaan mata yang hampir terpejam... Naseb baek sampai..

Memang menjemukan, mata ngantuk tapi tak boleyh tido... apa boleh buatkan terpaksalah tengok folio PAG, baru je pengang, dah boleyh tertutup mata aku... krooooh krroooh... aku pun tidur buat sementara waktu nieyh. Tetiba kedengaran satu hentaman yang kuat. Aku pun tersedar... Apalah orang rumah atas... ketuk lesung batu atas syiling rumah aku... Tetiba ja ada pulak kawan aku bertanya pasal RPH, mula-mula serius, pastu bertukar jadi gossip 'tanah air' dan 'antarabangsa'. Almaklumlah, kitaorg ni mana boleyh serius buat kerja, anyway bahan bantu mengajar tu aku dah siapkan, cuma tunggu dia finalize kan aje...

Jemu, aku buka blog aku yang suam kuku nieyh... Adalah seorang kawan setia ni yang juga suka berbloging nieyh memberikan komen yang cukup menggembirakan... Tak cukup dengan itu, kejemuanku dicairkan lagi dengan kehadiran aunty siik ling dari taman pelangi... Jadi aku hanya duduk di depan laptop sambil melayan tetamu-tetamu chat di muka buku. Alangkah terkezutnya apabila aku dapat tahu kembo pun datang melawat blog aku, such an honour gak lah...

Untuk menamatkan entry ini, aku berharap dan berdoa agar aku diberi kekuatan untuk memperbaiki kesilapan antara diriku dengan tuhan, diriku dengan rakan-rakan, diriku dengan orang yang aku aniayai, dan diriku dengan orang yang menganiayai aku. Hurm, aku sekadar manusia biasa dan bukanlah malaikat, nak kata 'citan' tu boleyh gak lah kadang2 tapi dalam 'citan' pun takde lah kejam sangat.

Nak try letak lagu pulaklah untuk entry ini... nyanyi farawahida
 

No comments:

Post a Comment