Tuesday 21 June 2011

Kembali Tension

Jun 21, 2011 [Selasa]

Melangkah kembali ke bumi IPG, maka tension kembali menguasai diri. Semua porfolio yang perlu dihantar minggu ini, semuanya masih lagi tidak ber-update. Maklumlah, bila cuti bermula maka, semua buku dan nota turut berehat di atas meja. Tiga minggu bercuti seakan-akan tiga hari sahaja. Rasanya kepenatan akibat keletihan sewaktu Semester 1 masih tidak terubat.

Ku membuka laman 'mukabuku'. Dengan pantas aku membuat suatu post yang di'tag'kan nama orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul dan menghantar portfolio-portfolio kepada pensyarah. Niatku cuma satu, supaya dia dapat melengahkan tarikh penghataran portfolio tersebut. Namun, itu bukanlah suatu alasan yang membolehkan aku untuk berlengah-lengah dalam penyiapan portfolio ini.

Tidak cukup perisa lagi barangkali, aku dipertanggungjawabkan untuk melatih adik-adik baru untuk membaca ikrar pada majlis penutupan minggu orientasi pelajar PPISMP sesi 2011. Tidurku terganggu membuatkan aku tidak berapa stabil hari ini. Namun dua portfolio dapat diselesaikan. Lega, namun masih ada dua lagi portfolio yang perlu dihantar. Bilakah agaknya aku boleh siapkan. Mood dimanakah kamu, dampingilah aku yang hilang semangat ini.


No comments:

Post a Comment