Saturday 25 June 2011

Otakku yang membeku kini mencair semula...

Soalan untuk set induksi hari ini. Apakah perasaan kamu jika impian kamu jadi nyata walaupun hanya sementara?

Hari ini saya ingin membincangkan topik impian. Ya semua orang bermimpi, mengimpikan dan diimpikan sesuatu/seseorang. Tokoh yang paling fames di dalam aspek ini adalah mat jenin, sape tak kenal dengan mat jenin, seorang yang kuat berangan-angan dan mengimpikan sesuatu. Ya mat jenin, tapi bukan cerita mat jenin saya nak cerita hari ini.

Baiklah, semua orang mempunyai impian, namun bukan semua impian boleh jadi kenyataan. Sedih tapi apa boleh buat, dah itu kehendak-Nya, mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Bercerita mengenai topik impian ini, aku telah selangkah menjejaki impianku, ye memang agak klise apabila aku cakap aku memang suka dengan apa yang aku buat sekarang, kira-kiranya impian menjadi kenyataanlah juga. Walaupun tension dan memenatkan tapi aku tak pernah merungut, sebab aku sedang melakukan sesuatu yang aku suka.

Sebenarnya impian aku dari dahulu adalah ingin menjadi seorang guru Matematik, wait, janganlah gelak, i tell you the truth. Ye, memang aku nak jadi guru Matematik, itu cita-cita aku, maybe doaku terlalu umum nak jadi cikgu heheh sebab tu tak sampai, tetiba jadi chegu english dan sains pulak. Part yang paling besh adalah, tetiba aku jadi chegu Pendidikan Muzik, tett hohoho memang out if the box, tak terfikir yang aku akan jadi chegu muzik, why me, i don't know. Tapi takpelah at least tercapai gak hasrat aku. Ini bukan disebabkan paksaan ibu bapaku. Mak aku ingat aku akan jadi seorang arkitek, huhuh nape sebab aku memang suka lukis pelan rumah, landskap dan interiornye. Apelah mak aku ni, itu hobi je sebab itu untuk rumah impianku. Ayah aku, he doesn't care pun, suka hati ko lah, tettt. Janji jadi yang terbaik sebab "abah bangge dengan anak abah." Itu yang dia selalu cakap. Dia cakap dia takde rupa, pelajaran, pekerjaan tinggi tetapi dia ada seorang aset yang terbaik, anak abah.

Wait, terdeviate pulops, sebenarnya aku nak cakap tentang hari ini, tapi aku tak tau dari mana nak mula. Canggini, hari semalam sewaktu kelas Madam Samiha, aku dapat satu SMS dari kak Ida. Conversation begini

Kak Ida: balik ke tak minggu ni, boleyh tolong ganti kelas tak?
MrDomo: Hurm, tak sure lagi kak, bebudak ni takb bagi kata putus lagi tentang kelas. Btw kak, kelas apa?
Kak Ida: Maths, Form 1,2,3... Bahan semua dah siap tinggal rock on the stage jer...
MrDomo: Ok, set. Kire jadi jelah. Nnti saya konform balik yer...
Kak Ida: Konform lepas solat Jumaat pun takpe..

Apa yang ingin aku ceritakan sebenarnya. Actually, I memang suka ajar Mathematics tak kiralah sekolah rendah waima sekolah menengah. So, pagi ini dari 8.30 until 1.30 aku mengajar Maths, yeay otak aku yang dah karat dengan menda-menda yang tak betul ni tiba-tiba berfungsi. Huhu, without preparation, memang gasak je. Huhhu, perkara yang meletuskan otak aku bila sampai jer terus ajar Form 3, tajuk Ratios, Average Speed, Accelaration, Retardation hahah, dalam RPH cakap suh ajar menjawab soalan klon PMR, ape lagi aku dengan kuasa akal yang tak seberapa ni, aku melakukan pengiraan dengan bantuan kalkulator, merembes segala peluh keluar dari celah-celah yang terbabit. Aku masuk kelas, saja je aku gatal-gatal tanya dak ni ada apa-apa soalan tak tentang tajuk ni jangan malu-malu. Huhuh memang cari nahas apa nak kata, Tetiba ada seorang lindsay lohan ni angkat tangan, "Sir, boleyh tak tolong ajar balik tajuk ni, minggu lepas tak berapa faham, malu nak tanya. Tett, memang nahas aku, dahlah tajuk ni aku tak prepare, mampos. Nasib baik aku dapat ilham dan ajar diaorang step by step, adalah juga Mr Einstein kat situ yang tolong aku, tapi memang dia poyo, saja je nak counter aku, thank god dia pun ada kelemahan dan aku berjaya membantunya menyelesaikan masalah. Selepas pada tu baru dia respek. Yeay. Form 3 done.

Masuk pulak Form 2, tajuk Koordinat. Nilah yang selalu berlaku pabila cikgu dari Zaman "Dark Age" dan anak muridnye pulak dari Zaman "Castle Age"... Sume term tuh aku kena terangkan dalam dwi bahasa. Hahaha, koordinat memang faveret aku, yup aku memanglah buat dengan cepat, memoyo kat depan. Tapi ada pulak anak murid yang tak dapat catch up. Hurm, ni ada seorang Miley Cyrus yang agak lumpy, maklumlahkan, kesian dia, kawan dia kat sebelah memang genius, terkapai-kapai dia. jadi aku u-turn balik ambik dia. Kelas ni aku tak puas hati dengan seorang mamat poyo ni, dah lah pandai katekan, kaco pulak kawan-kawan yang lain. Tapi kelas ini tamat dengan jayanya. Fuhhh... another class.

Last class, Form 1. Nama pun budak yang baru beralih alam, nak kata macam 'remaja' tapi perangai budak-budak. Tapi aku tak marah pun, aku ni tak berubah dari dulu lagi, taktau ape masalahnya, kanak-kanak sampai sekarang, huhuh.. Kali ni tajuk poligon 1: sudut.. Yeya ni memang juga faverat aku, memang aku suker sangat, tapi ada pulak Hillary Duff ni tulis kat kertas tuh, "Tak Suka, Susah syial".. Deng! terbantut aku. Tetiba ja aku jadi motivator sekajap, cakap kat diaorang jangan benci subjek tu, memang lah makin susah. Aku cakap ni part paling besh dalam Math. Aku ajar diaorang macam style ajar darjah tiga. Fun gak lah... sebab diaorg pun layan skaki. At last dak hillary duff tadi memang suka dengan topik ni, siap mintak worksheet lain pulak, ketagih kentang. Ha kan, tulah suka suki je membenci sesuatu yang ko belum kenal. Don't judge a book by its cover.. tett...

Berakhirnya kelas itu, maka berakhirnya tugasan aku sebagai seorang guru Math. Huhu sedihnya aku.

2 comments:

  1. wahh hebbatt sehh ajar math,,hihi

    ReplyDelete
  2. may I... actually aku nak beritahu aku nak ajar math sebenarnya... huhu

    ReplyDelete