Wednesday 22 June 2011

Raptai Majlis Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar

Hari ini seperti biasa aku tidur selepas subuh, maklumlah sejak dua menjak ni, asyik terjaga awal waktu... Natijahnya, adalah beberapa orang yang menjadi alarm untuk ke maktab.. Hari ini, Puan Salina nak bebudak yang membaca ikrar tu baca depan beliau... Memang best sambung tidur selepas Subuh, lena diulit mimpi.. Tetiba jer Beethoven menyampuk dalam mimpiku, alamak ada panggilan dari Kak Zura. Akak ni partner yang in-charge bahagian bacaan ikrar... Dia cakap nak jumpa Puan Salina pada 0945jam. Jam henponku memang dah menunjukkan 0945jam.. Aku masih lagi dibilik, kucar-kacir dibuatnya.

Akhirnya sampai juga aku ke Jabatan IP. Kelihatan Kak Zura sedang melatih adik-adik ni... Aku pun buat slamber badak je masuk. Kemudian adik-adik ni tadi dihadapkan pada Puan Besah yang glamer dengan taglinenye "Bedul! Bedi!"... Selepas tu, barulah nampak kelibat Puan Salina. Overall ok je bebudak tu. Tetibe je ada seseorang menepuk bahuku, enche' Ishak rupenye... "Mane kembar kamu tu, bila nak tangkap gambar?" Maka aku pun mengeluarkan x-200 aku menyeru dak sorang ni... hahaha... masih lagi enche' Ishak ingat peristiwa lama di Telok Ramunia.


Petang tu, reheasal lagi. Kali ni kat DDKA pulak. Hurm, semua budak kelas aku dah sampai, aku je yang paling lambat, tp buat muka toye je. At least takde lah malu sangat. Tak cukup dengan tu, sambung lagi rehearsal kat DST pulak. Selesai je part aku, raptai ikrar... Aku pun blah dari situ... Blah bukan bermaksud abes keje dah... Tak belum lagi. Aku drive ke Terminal Larkin, kali ni bukan sebab nak beli tiket, tapi nak beli riben nak ikat ikrar-ikrar bebudak ni. Hahaha, memang lawak gak lah citernye kat terminal larkin ni.... Nak cari kedai yang jual riben... Kami tak expect pun kat mana kami nak pergi beli riben ni...

Alhamdullilah kami akhirnya ketemu sebuah kedai yang mempunyai pelbagai jenis riben, dari sehalus-halus riben sampai ke saiz yang paling besar gedabak... Kami pun beli lah riben kat situ... hahaha, selesai keje kami, tinggal hari esok je... tapi itu part Kak Zura, aku buleyh ponteng esok ahhaha... Aktiviti hari ini diakhiri dengan Milk Tea with bubble, dah lama tak minum, tekak pun dah kering...

4 comments:

  1. wehh korang tak de ke kelas 1minggu ni?

    ReplyDelete
  2. secara formal nyer memang ada.. tp since puan besah dah nak bersara dia xnak masuk IP... pastu TI almost sume exempted termasuk aku.. tinggal BI je lah...

    ReplyDelete
  3. ahahahahahha~~~ kenangan masa UB...En Ishak tertipu der~~

    ReplyDelete
  4. walaupun tertipu... tapi dia still ingat kita... tak tahan...

    ReplyDelete