Thursday 23 June 2011

Sekadar Calon Gantian

Bagaikan tersentuh apabila melihat adik Furqan 1PPISMP PJ Jun 2011 melafazkan ikrar. Mereka diraikan dengan pelbagai agenda, malam persembahan, LDK.... Yang lagi menyentapkan aku pabila ada sesetengah kawan sekelas yang cakap, "ingat tak persembahan kita dulu, lagu sudirman.... tettt", "takkan tak ingat time kita baca ikrar dulu...", "nak diingatkan balik, lagi kejam time budak2 ni yang incahrge kite..." Adakah aku sudah kehilangan memori, atau itu bukan sebahagian dari memori? Bila ku mencari konklusi, tercetus di minda ku ini, aku sekadar calon gantian, klausa ini terpahat disanubari dan mindaku... Ya memang aku tidak layak, aku sedar yang aku cuma, lukut ditepian gantang... Namun, ku balas dengan senyuman dan mengatakan, "kami dulu tidak terlibat dalam minggu pengurusan pelajar [senyuum]"... Disaat ikrar dilaungkan, rohku seakan-akan beterbangan menuruni bukit blok pentadbiran, Bangunan HEP.

Saat manis kami di Bangunan HEP, Disitulah majlis pengurusan kami, tak sampai 5 hari, 5 jam pun tak sampai. Di bilik mesyuarat yang sekangkang kera itulah, tempat dimana kami melafazkan ikrar dengan penuh semangat, bergema satu HEP dengan lafaz ikrar yang kami laungkan, bukan kilauan flash kamera yang menaikkan semangat kami, namun keazaman yang lahir apabila diberi ruang dan peluang... Seramai 25 orang calon gantian yang terpilih untuk menggantikan calon yang tidak sudi menjadi pendidik. Belum sempat menguatkan silaturrahim kami, berpisah kami, tinggallah kami bersembilan kelal menunggu di bumi IPGKTI ini... Selebihnya bertebaran dimuka bumi Johor ini melakukan LPBS.. Pop! Lamunan ku terhenti tatkala berakhirnya lafaz ikrar mereka itu tadi.

4 comments:

  1. tacing giler wehh aku baca entri ko yg ni,uhuu..sapela kite kan,,sekadar calon gantian.tp ape2 pon alhamdulilah kn diberi pluang.

    ReplyDelete
  2. ziha...dzubed...
    aku cuma terharu, dan membayangkan perasaan dari saat pendaftaran isnin lalu...
    tp bukanlah nak provoke atau patah semangat... just nak peringatkan kita, siapa kita, supaya berusaha lebih gigih, untuk tunjukkan kepada semua yang kita pun mampu....

    ReplyDelete
  3. betul tu aku setuju! bukan nk provoke or patah semangat, utk jd kn yg terbaik.

    ReplyDelete